ATURCARA PAKEJ UMRAH 11 - 13 HARI BAGI TAHUN 2012
HARI 01 (Jumaat)
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk urusan check-in jemaah. Taklimat ringkas akan diberikan oleh wakil goumrah.com bagi melancarkan perjalanan jemaah. Jemaah berlepas ke Jeddah @ Madinah. Pada malam yang sama, jemaah tiba di Jeddah @ Madinah, selepas urusan imigresen di Lapangan Terbang Jeddah @ Madinah, jemaah akan mengutip bagasi dan terus ke bas pengangkutan yang disediakan pihak goumrah.com Anda akan berlepas ke Madinah. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 5 jam dan jemaah adalah dinasihati berehat (tidur). HARI 02 (Sabtu) Jemaah di jangka tiba sebelum waktu Solat Subuh (Fajar). Selepas urusan check-in di hotel berkenaan, jemaah bolehlah terus ke Masjid Nabawi untuk bersolat Subuh. Selepas solat, terus kembali ke hotel penginapan untuk sarapan pagi. Jemaah akan dibawa ziarah dalam Masjid Nabawi seperti Raudhah, Maqam Rasulullah Saw dan Perkuburan Islam Baqi'. Malam - Free & Easy (Kursus Umrah oleh Mutawif bertugas) HARI 03 (Ahad) Jemaah digalakkan ke Masjid Nabawi setiap waktu solat. Jam 7.00 pagi selepas sarapan pagi, jemaah akan berangkat untuk melakukan ziarah Luar Madinah. Jemaah hendaklah keluar hotel dalam keadaan berwuduk kerana kita akan singgah di Masjid Quba untuk solat Sunat 2 rakaat. Rasulullah Saw bersabda bahwa fadhilat bersolat sunat di Masjid Quba ini adalah seperti seseorang itu telah melakukan 1 Umrah. Kemudian jemaah akan dibawa menziarahi destinasi bersejarah seterusnya seperti Medan Peperangan Uhud serta Maqam Syuhada di Bukit Uhud, Masjid Qiblatain (2 Kiblat), Kilang Mencetak Al-Quran Di Raja, Ladang Kurma dan Pasar Kurma. Hari 04 (Isnin) Ini adalah hari yang dinanti-nantikan seluruh jemaah. Pada hari ini jemaah akan berangkat dengan pakaian ihram ke Tanah Suci Makkah. Sebelum itu, jemaah akan berhenti di Masjid Zulhulaifah di Bir Ali (yakni Miqat Ihram bagi jemaah dari Madinah) untuk solat Sunat Ihram 2 rakaat dan berniat Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Jemaah bertalbiah "Labaikallah Hummalabaik..." sepanjang perjalanan ke Makkah. Oleh kerana perjalanan agak panjang, jemaah dinasihati berehat agar dapat menyempurnakan Umrah Wajib dengan selesa sebaik tiba di Tanah Suci Makkah nanti, InsyaAllah. Sebaik tiba di Kota Suci Makkah, Jemaah akan dibawa terus ke hotel penginapan bagi urusan check-in. Selepas itu, jemaah bolehlah berehat sebentar. Ikutlah jadual untuk pergi mengerjakan Umrah yang akan ditetapkan oleh Mutawif yang bertugas mengawal selia jemaah. Jemaah akan menyelesaikan urusan Umrah Wajib pada hari ini juga. Ini bermakna jemaah akan melihat Kaabah buat pertama kalinya pada hari ini :-) | HARI 05 (Selasa)
Free & Easy Jemaah bolehlah berehat setelah perjalanan yang agak lama serta kepenatan mengerjakan Umrah Wajib semalam. Sekiranya jemaah ingin mengerjakan Umrah Sunat @ Hadiah, sebaiknya tunggu selepas hari ziarah luar Kota Makkah yakni esok hari. HARI 06 (Rabu) 7.00 pagi, selepas sarapan pagi di hotel penginapan, jemaah akan dibawa mutawif bertugas menaiki Bas berhawa dingin bagi tujuan Ziarah Luar Kota Makkah. Antara tempat bersejarah dan menarik yang akan di ziarahi termasuklah semua destinasi perlakuan Ibadah Haji seperti Jabal Rahmah di Padang Arafah (tempat jemaah Haji Wukuf), Muzdalifah (tempat jemaah Haji bermabit) dan Mina (tempat jemaah Haji melontar 3 Jamrah). Jabal Nur, Jabal Thur, Maqam Siti Khadijah (lihat dari bas sahaja), Masjid Sajadah (pokok), Masjid Kuching dan Rumah Kelahiran Rasulullah Saw. Ziarah akan berakhir di Jaaranah (yakni Miqat untuk Berniat Ihram Umrah paling disukai Rasulullah Saw). Jemaah bolehlah membawa kain Ihram jika berhajat melakukan Umrah Sunat pada hari ini. HARI 07 (Khamis) Free & Easy HARI 08 (Jumaat) Semua jemaah Lelaki & Wanita bolehlah menunaikan solat Fardhu Jumaat di Masjidil Haram. Di sini, jemaah wanita boleh melakukan solat Jumaat. Datang awal ke Masjid dan solat Sunat Tahyatul Masjid dan berniat Iktikaf. Bagaimanapun, Tawaf Sunat adalah lebih afdhal dari solat Sunat Tahyatul Masjid bila berada di Masjidil Haram. Cuma jemaah hendaklah melihat kesesuaian melakukannya disebabkan Jumaat adalah merupakan hari yang agak sesak di Masjidil Haram. HARI 09, 10 & 11 (Sabtu / Ahad / Isnin) Free & Easy Hari 12 (Selasa) Hari ini jemaah akan berangkat pulang. Pastikan jemaah melakukan TAWAF WADA (Tawaf selamat tinggal) sebelum meninggalkan Kota Suci Makkah. Jemaah akan dibawa menziarahi beberapa tempat menarik di Jeddah sebelum terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah untuk urusan pelepasan pulang. Hari 13 (Rabu) Jemaah di jadual tiba KLIA pada tengahari dan semoga dikurniakan Allah dengan Umrah Mabruhah. InsyaAllah. Berbuat baik dan ubahlah akhlak kita semasa di Tanah Air. - BERSURAI - |