Umrah 2012Online ReservationEmail & Telephone
     
 


IBADAH UMRAH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Terima kasih kerana menziarahi laman web rasmi kami. Alhamdulillah dan dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah S.W.T kerana telah memperkenankan hasrat kami untuk menambah baik serta memperhebatkan lagi kualiti perkhidmatan yang sedia ada.

Tujuan utama kami menyediakan wadah ini adalah untuk mempermudahkan bakal-bakal tetamu Allah S.W.T yang amat dimuliakan untuk memperolehi maklumat terkini berhubung tawaran-tawaran istimewa umrah dari kami. Kami tidak pernah jemu berusaha untuk merealisasikan hasrat dan impian para bakal tetamu Allah yang mengikuti kami, agar setidak-tidaknya dapat menunaikan umrah dengan lebih afdhal, tepat, tertib serta mengikut sunnah nabi sebagaimana yang disyorkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis-hadis sahih baginda

Sehubungan dengan hasrat ini, kami telah melantik beberapa Muthowwif yang sangat berpengalaman luas bagi mengetuai jemaah dalam setiap perlepasan ke tanah suci serta memberi kursus ringkas dan mudah kepada bakal-bakal jemaah agar anda beroleh ilmu yang sejujurnya sebelum berangkat. Layarilah laman web ini dengan sabar, sehingga anda menemui apa yang anda perlukan. Jika ada sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan yang kami sediakan, sila klik Emel & Telefon

Sebelum itu, biar kami bawa anda untuk memahami dan mengenali siapa kami, latar belakang syarikat dan petugas-petugas kami secara ringkas.

LATAR BELAKANG SYARIKAT
Syarikat kami telah mula beroperasi dengan nama Ghard Resources sejak 7 tahun yang lalu. Dengan permintaan jemaah yang semakin meningkat secara mendadak, kami telah memutuskan untuk menubuhkan G-Hard Travel & Tours Sdn. Bhd. supaya usaha membawa jemaah lebih tepat pada landasan aktiviti syarikat kami. Kini syarikat ini telah pun berusia 2 tahun (pada November 2008) dan telah pun mendapat kelulusan dari Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bergiat aktif membawa pelancong dari dalam dan luar negara termasuklah ibadah umrah





 

Jemaah dibawa 
melihat kesan 
sejarah dan pembangunan
di sekitar Masjid 
Nabawi oleh

pemerintah Arab Saudi


Dengan usia setahun jagung ini, sudah pastilah akan menambah keraguan bakal jemaah untuk melanggani perkhidmatan yang sedang kami tawarkan. Namun demikian, bagi meyakinkan dan sekaligus menghilangkan rasa gusar di hati anda mengenai kebolehan kami mentadbir urus jemaah dari urusan permohonan visa sehinggalah anda kembali semula ke tanahair, kami paparkan photo-photo jemaah yang pernah menyertai kami sebelum ini di ruangan Galeri 

(kepada jemaah yang ingin turut serta berkongsi pengalaman anda bersama kami, sila e-mel kisah atau keterangan anda beserta gambar dan nombor telefon)







 
                                                                            Muthowwif sedang
memberi penerangan
kepada sebahagian 
jemaah
 


PETUGAS-PETUGAS
Semua petugas kami adalah merupakan mereka yang telah bergiat aktif dalam bidang yang ditawarkan, sehingga ada di antara mereka yang telah mempunyai pengalaman melebihi 15 tahun. Oleh itu, InsyaAllah segala keraguan anda pasti akan terhakis dengan perkhidmatan yang mampu kami tawar dan laksanakan





 


Jemaah tekun 
mendengar

Penjelasan yang 
disampaikan oleh 
Mutawif
Ust. Mohamad Yunus